Pemikiran Tuan Guru

RM15.00

Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato’ Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.

SKU: D3NSiVsEOb Kategori:
 

Penerangan

=========================

Saiz: 6″ x 9″
ISBN-13: 978-967-0142-40-1 
Jumlah Muka Surat: 184
Berat: 0.28 kg

=========================

Tuan Guru,

Pemikirannya luar biasa,

Meneliti bukan sekadar menuruti,

Menghalusi bukan sekadar meneladani,

Meneliti masalah, menuruti syariah,

Menghalusi mehnah, meneladani sunah.

Tuan Guru,

Peribadinya santun lagi mulia,

Meraikan setiap keturunan Adam,

Dijaganya lelaki mahupun wanita,

Tidak kira Islam mahupun bukan,

Pada wajah semua, terukir senyuman.

Tuan Guru,

Kepimpinannya terpandu dan istimewa,

Terselit tegas dalam kelembutan,

Cukup kaya dengan kesederhanaan,

Beroleh taulan kerana kesantunan,

Agungnya Tuhan menjadi pengakhiran.

Melihat wajah Tuan Guru…,

Terasa nyaman dalam jiwa,

Terhening sejuk pandangan mata,

Beliau permata antara semua,

Sinarnya berkilauan nan luar biasa.

=========================

Sinopsis

Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato’ Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.

Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan, isu artis ke Kelantan, isu ‘Allah Samseng’, isu orang bukan Islam membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz.

Menariknya buku ini menyediakan 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.

Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.

=========================

Kandungan

PRAKATA

BAB 1 : SEJARAH GERAKAN ISLAM MALAYSIA, SEBUAH SOROTAN RINGKAS

Gerakan Islam dunia

Ikhwan Muslimin, Perintis gerakan Islam dunia

Indonesia dan gerakan PKS

Algeria dan gerakan FIS

Palestin dan seruan ‘intifadah’

Pejuang pembebasan Moro, Filipina

‘Parti Allah’ di Lubnan

Gerakan Islam mencetak tokoh

Peranan gerakan Islam di dalam sebuah negara

Sorotan gerakan Islam di Malaysia

PAS dalam politik tanah air Malaysia

BAB 2 : SEKITAR KEHIDUPAN TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL

AZIZ BIN NIK MAT

Kelahiran, keturunan dan keluarga

Ayahanda dan bondanya

Sekitar sejarah Islam di negeri Kelantan

Sekolah ‘pondok’

Budaya berniaga rakyat Kelantan

Pendidikannya

Pulang ke tanah air menabur bakti

BAB 3 : PERJUANGAN DAN JATUH BANGUN

Menabur bakti di tanah air

Terjun ke gelanggang politik

Dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS

Dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan

PAS di Kelantan

Menjadi Menteri Besar Kelantan

Menteri Besar yang sederhana

Perubahan sedikit demi sedikit

Mengubah rohani dan fizikal negeri Kelantan

Ikon ‘Perpaduan Nasional’

Selepas 20 tahun Kelantan bersama Islam

BAB 4 : PEMIKIRAN tuan guru DATO’ HAJI nik abdul aziz bin nik mat Dalam ISU semasa di malaysia

Konsep pemikiran dan berfikir

Pemikiran dan kaedah pendekatan berfikir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

  1. Isu penggunaan ‘kalimah Allah’ untuk orang bukan Islam

Pendekatan uruf dan memahami waqie

Pemikiran yang ‘dekat’ dengan bukan Islam

  1. Isu perpaduan dan hubungan antara kaum di Malaysia

Insiden perarakan kepala lembu ke SUK Selangor dan kebijakan beliau

Terbuka asalkan ‘Islam’

Bukan Islam sebagai ahli PAS?

  1. Kontroversi perlaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan

Kesungguhan menegakkan syariat Hudud

Memberi faham, bukan memaksa

Berpandangan jauh

  1. Pengharaman judi dan arak di negeri Kelantan

Pendekatan faham rasional dan beransur-ansur.

Mengaitkan dosa dan pahala dalam setiap pandangan

  1. Isu muzakarah antara PAS dan UMNO

Tegas dengan prinsip dalam isu kerjasama

  1. Menjemput Mawi ke konsert di Kelantan

Membawa hiburan alternatif generasi muda

  1. Kontroversi ‘Allah samseng’

Menggunakan pendekatan ilmu bahasa Arab

  1. Royalti hak rakyat dan kerajaan Kelantan 

Kronologi pembabitan royalti minyak Kelantan

Menjaga hak rakyat Kelantan

  1. Orang bukan Islam baca ayat suci al-Quran

Berdakwah dengan ‘mengutus surat’

  1. Orang bukan Islam masuk ke Masjid

Meluaskan pandangan sisi agama berkenaan orang bukan Islam

Sejenak menghayati pantun Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

PENUTUP

GALERI TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

RUJUKAN

Additional information

Weight 0.28 kg

Ulasan

Belum ada ulasan

Jadi yang pertama mengulas "Pemikiran Tuan Guru"

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *