Penerangan
Format: Paperback
Saiz: 6″ x 9″
ISBN-13: 978-967-411-121-2
Tarikh Terbit: 26 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 192
Berat(kg): 0.25
————————————————–
Kategori: Islam, Islam Umum
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Buku ini adalah penambahan dan pengkhususan perihal tafsir Al-Quran berdasarkan buku Quran saintifik. Dr. Danial melihat ayat-ayat Al-Quran melalui kaca mata sains dalam mengetegahkan keajaibannya.
ISI KANDUNGAN
Prakata
Al-Quran menggegar Barat
Al-Quran Mengubah Dunia, Mencipta sejarah
Umat Al-Quran, Umat Luar Biasa
-Umat Al-Quran Mengubah Barat
Kitab-Kitab Allah seperti Peta
-Maksud Al-Quran, Tujuh Huruf serta Qiraat
-Dari Lohmahfuz Ke Baitul Izzah Kepada Nabi
-Ayat Pertama dan Ayat Terakhir
Keaslian Al-Quran Terpelihara
Proses Penulisan dan Pembukuan Al-Quran
-Perbezaan Antara Hadith Qudsi dan Al-Quran
-Ciri-ciri Khusus Al-Quran
-Fungsi Khusus Al-Quran
-Sikap Terhadap Al-Quran
-Ilmu Ulum Al-Quran
Tafsir dan Takwil
-Ciri-ciri pentafsir al-Quran
-Tokoh-tokoh pentafsir al-quran
-Metodologi Tafsir Al-Quran
-Sains dan Al-Quran
Hadith Israiliyat dalam Kitab kitab Tafsir
-Al-Quran kitab Mukjizat
-Mukjizat-kebenaran kisah-kisah silam
-Mukjizat-Ramalan Menjadi Kenyataan
-Mukjizat-Kenyataan Saintifik Menjadi Kenyataan
Penutup
Biodata Penulis
Bibliografi
**********************************************************
REVIEW
Jutaan manusia membacanya, ribuan manusia menghafalnya dan seluruh dunia mendapat manfaat daripada Al-Quran. Inilah kitab suci yang mengubah dunia dan melakar sejarah ketamadunan manusia. Al-Quran adalah kalam Tuhan yang terpelihara kesuciannya di sepanjang zaman. Tiada keraguan padanya dan tiada manusia mahupun jin yang mampu menandingi Al-Quran walaupun mereka bergabung tenaga melakukannya.
Kehebatan Al-Quran, kebenaran ilmu dan kesahihan fakta di dalamnya dijelaskan dalam buku “The Power of Al-Quran”. Tiada orang yang akan menolak dan mempertikaikan Al-Quran, melainkan orang yang bodoh. Buku ini membentangkan kaedah pentafsiran Al-Quran menggunakan ilmu moden terutamanya ilmu sains. Penemuan-penemuan sains yang terkini membantu kita memahami Al-Quran dan sunah Rasulullah dengan lebih mendalam.
Matlamat buku ini adalah untuk membentuk masyarakat yang bukan sekadar menghafal, tetapi memahami Al-Quran. Al-Quran akan memberi manfaat apabila isi kandungannya difahami, diamalkan dalam kehidupan, dan disebarkan ke seluruh alam. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Rasulullah yang bermaksud, “Manusia yang paling baik adalah orang yang mempelajari Al-Quran, iaitu orang yang membaca dan memahami makna Al-Quran, dan menyampaikan ajaran Al-Quran.”
Sesuai dengan perubahan zaman, buku ini memuatkan kaedah mentafsir Al-Quran secara saintifik. Perlu diingatkan, Al-Quran tidak memerlukan sokongan fakta sains untuk membuktikan kebenarannya, tetapi fakta sainslah yang dibuktikan betul berpandukan Al-Quran. Dapatkan buku ini untuk merasai keajaiban mukjizat agung sepanjang zaman. Mukjizat setiap nabi berakhir dengan kewafatan nabi itu. Namun, mukjizat Al-Quran wujud di sepanjang zaman dan keajaibannya tidak akan habis.
Ulasan
Belum ada ulasan